LELAKI INIAku nak cerita tentang seorang lelaki ini. Aku gambarkannya sebagai seorang yang unik. Kadang-kadang aku sendiri pelik, apa ntah yang unik tentangnya. Rupa kira ok lah, tak tinggi sangat, bidang badannya agak lebar....pendek kata not bad. (Not bad for my eyes la kan, of course!)
Tapi yang aku nak cerita ni bukan tentang fizikal dia...apalah yang ada pada rupa untuk dibanggakan, bile dah tua nanti kerepot gak kan. Aku ingin bercerita bagaimanakah orangnya..
Dia pemarah. Tak romantik. Tapi baik hati.
Dia suka marah-marah. Tak cuci tandas, marah. Lewat gosok baju, marah. Lewat masak air, marah. Pendek kata apa yang tak kena di matanya, pasti menjadi ‘mangsa’kutukan.
Bayangkan kalau kita terlewat tak sampai 5 minit pun boleh kena marah giler2 macamla kita buat salah besar! Dia benci menjadi penunggu.
Dia suka elak traffic jam walaupun kesesakan tu tak sampai 1 kilometer. Traffic jam buat dia hot temper.
Dia tak suka orang yang perlu disuruh berkali-kali untuk berbuat sesuatu. Masuk 3 kali, kalau perkara yang disuruh itu tidak dibuat, alamatnya, dia akan membisu berjam-jam lamanya. Sengaja membiarkan orang disekelilingnya terseksa dengan kesunyian dengan bicaranya.
Pun begitu, aku tidak pernah merasakan dia memarahi tanpa sebab. Semuanya bersebab. Sampai adakalanya aku sendiri kalah apa bila berhujah sebab dengannya.
Dia jarang bagi hadiah. Kalau ikutkan hadiah yang pernah diberi pun macam ‘tangkap muat’. Bukan aku pandang kebendaan tapi hadiah-hadiah yang diberi olehnya boleh aku kategorikan pelik dan tak romantik langsung. Bukan harga jadi ukuran tapi apa maknanya jika kita dapat hadiah macam jam dinding Doraemon?! Nak kata aku minat karakter tu, tak jugak. Ke aku ni kebudak-budakan? Rasanya dah tua sangat untuk bebenda cam tu...Tapi itulah hadiah harijadi ke-24 yang aku terima daripadanya.
Tetapi lelaki ini pantang bertemu pengemis atau mereka yang kurang upaya. Hatinya akan cukup tersentuh apabila melihat wajah serba kekurangan tu. Segera dia menghulur not RM tanpa berfikir panjang. Kalau kena tipu dengan ‘pengemis tiruan’ itu pun dia tak kisah. Sememangnya kekurangan si pengemis atau cacat seringkali mengingatkan kisah silam keluarganya yang bersusah payah membina kehidupan di Kuala Lumpur lebih 20 tahun lamanya. Sesekali dia juga gemar berkongsi pengalaman hidup susahnya itu dengan aku.
Lelaki ini begitu disayangi oleh kerabatnya. Baik di kampong mahupun saudara mara di bandar ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengannya. Barangkali keramahan atau sifatnya yang ringan tulang buat semua senang berinteraksi. Kadangkala ku lihat nyonya atau tambi yang lalu lalang di jalanan itu pun boleh disapanya tanpa merasa segan. Atau mungkin kerana sifatnya yang mengambil berat juga. Tak dibenarkan aku memandu kereta lewat malam atau berseorangan. Berjumpa teman pun akan disoal juga tujuan ku. Terkongkong? Hairannya mungkin aku tak merasakan begitu tertekan kerana sudah biasa dengan didikan ayah yang gemar mengongkong pergerakan anak gadisnya. Seperti yang aku katakan, lelaki ini memang sentiasa dengan ‘sebab’nya.
Hakikatnya, pabila lelaki ini tiada di sisi, aku merasa kosong. Terasa ada kekurangan dalam hidup ini. Mungkin kerana lelaki ini sentiasa bersamaku. Maka banyak yang telah kami kongsikan bersama beberapa tahun ini, tidak kira suka dan duka. Pernah aku bayangkan bagaimana hidup ku jika lelaki ini tiada, aku bimbang tiada orang yang mampu bersabar dengan kerenah dan kelemahan ku sepertimana sabarnya lelaki ini.
Biar terpaksa menahan telinga mendengar bebelan dan kutukan setiap waktu. Atau ketandusan romantis dalam kata-kata atau hadiah darinya. Aku masih tetap mahu bersama dengan lelaki ini. Akan terus mahu. Sehingga jodoh itu tiada lagi..
"Life is too short and friends are too few."